Tuesday 18 October 2011

RASIA HANDPHONE NOKIA



RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET
Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.
2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.
3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.
5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!


Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….

Saturday 30 July 2011

Pabila Quran berbicara..

Waktu engkau masih kanak-kanak…
Kau laksana kawan sejatiku…
Dengan wudu’, aku kau sentuh…
...Dalam keadaan suci, aku kau pegang…
Aku, kau junjung dan kau pelajari…
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari…
Setelah selesai engkau menciumku mesra…

Sekarang engkau telah dewasa…
Nampaknya, kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu…
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…
Sekarang, aku tersimpan rapi sekali…
Sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan…
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu…

Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa…
Atau aku, kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan…
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian kesepian…

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan…
Dulu, pagi- pagi, surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang, seawal pagi sambil minum kopi, engkau baca surat khabar…
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia…
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla…
Engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-suraku(Bismillah)…

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi…
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu…
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu, mengasyikkan…

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja…
Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu…
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku…
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan…
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu…
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku…

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV…
Menonton siaran televisyen…
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk…
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah…
Waktu pun cepat berlalu…
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu…
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama…

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali…
Itupun hanya beberapa lembar dariku…
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu…
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku…
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu…

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba…
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya…
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu…
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t…

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…
Kubur yang setia menunggumu…
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu…

Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti…
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan…
Yang akan membantu engkau membela diri…
Dalam perjalanan ke alam akhirat….
Dan akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu…
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah aku kembali…bacalah aku kembali aku setiap hari…
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci…
Yang berasal dari Allah Azzawajalla…
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah…
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu…
Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu…
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu…
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu…
Sentuhilah aku kembali…

Baca dan pelajari lagi ku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat…
Seperti dulu, waktu engkau masih kecil…
Di surau kecil kampungmu yang damai…
Jangan engkau biarkan aku sendiri…
Dalam bisu dan sepi..

Friday 29 July 2011

HAK AL-QURAN KEATAS KITA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG.
DLM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TELAH JELAS KPD KITA TENTANG PERINTAH AGAR UMAT ISLAM MENGIKUTI DAN MENCONTOHI PERIHIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W.DAN PARA SAHABAT.
PARA WANITA MUSLIMAH PULA DIPERINTAHKAN AGAR MENCONTOHI PARA ISTERI BAGINDA S.A.W.
...SELAIN ITU DIANJURKAN JUGA MENGIKUTI SYAHSIAH PARA ULAMAK YG BERSIFAT PEWARIS PARA NABI SERTA PARA ISTERI MEREKA.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Ali-`Imraan:031]

Nabi s.a.w pula bersabda, maksudnya ; "Siapa diantara kamu yang hidup(lama)nescaya akan dapat melihat berlakunya perselisihan(faham)yang banyak. Ketika itu(selamatkanlah diri)dengan berpegang teguh dengan sunnah Khulafa'ur Rasyidin yang diberi hidayah. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah kuat-kuat dengan gerahammu." [Riwayat Imam Abu Daud]

Sabda Nabi s.a.w lagi, maksudnya ; "Para ulamak itu adalah sebagai pelita di muka bumi ini dan sebagai pengganti kepada para nabi dan sebagai pewaris bagi aku dan pewaris para nabi." [RiwaYat Ibnu Ady dari Sayidina Ali k.w.]

Inilah golongan yg telahpun diwasiatkan oleh Nabi s.a.w agar kita ikuti jejak langkah dan cara hidup mereka dalam segala segi; peribadi, tindak tanduk, keluarga, cara berpakaian, percakapan dan lain-lain.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal." (Surah Thaha [20] : 124-127)

1. Hendaklah kita memiliki keyakinan yang sungguh-sungguh dan kuat bahwa tidak ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali sistem sosial yang diambil dan bersumber dari kitab Allah swt. ini. Sistem sosial apa pun yang tidak mengacu atau tidak berlandaskan kepada Al-Qur’an Al-Karim pasti bakal menuai kegagalan.

2. Kaum muslimin wajib menjadikan kitab Allah sebagai sahabat karib, kawan bicara, dan guru. Kita harus membacanya. Jangan sampai ada hari yang kita lalui sedangkan kita tidak menjalin hubungan dengan Allah swt. melalui Qur’an.

3. Ketika membaca Al-Qur’an kita harus memperhatikan adab-adab membacanya dan ketika mendengarkan kita juga harus memperhatikan adab-adab mendengarnya. Hendaklah kita berusaha merenungkan dan meresapinya.

4. Setelah kita beriman bahwa Al-Qur’an adalah satu-satunya penyelamat, kita wajib mengamalkan hukum-hukumnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam....aamiiinnn~
wuallahu'aklam..

Kisah Dunia Teknologi

Ada kisah yang ingin ku kongsi,
Kisah mengenai dunia teknologi,
Bagi yang tidak tahu apa itu FB,
Mohon Google search dengan sendiri.

...Kawan-kawanku ramai yang ada FB,
Ku kenali di sekolah rendah hinggalah Universiti,
Mudah bagi kami untuk berkomunikasi,
Semuanya terletak dihujung jari.

Pelbagai usia pengguna FB,
Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi,
Bila ditanya tujuan buat FB,
Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi.

Bagusnya jika bijak menggunakan FB ,
Dapatlah saling berkongsi ilmi,
Namun yang hairannya lain yang jadi,
Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.

Bukankah tujuan hidup duniawi,
Banyakkan ibadah untuk bekalan diri,
Tapi sayangnya manusia zaman kini,
Dosa yang sudah banyak ditambah lagi.

Salah guna FB memakan diri,
Maksiat berganda dimurkai Ilahi,
Antara punca pergaduhan suami isteri,
FB digunakan dengan tujuan tak bererti.

Zaman sekarang melalui FB,
Ramai yang berkenalan dengan kekasih hati,
Wajah-wajah yang menawan mencuri hati,
Entahkan sama di alam realiti?

Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli,
I love you, I miss you di wallpost setiap hari,
Kata update status via Blackberry,
Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?

Dinding pula penuh dengan luahan hati,
Mencarut di status tidak sedar diri,
Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki,
Merendahkan martabat si empunya diri.

Gunalah FB untuk saling menasihati,
Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui,
Bukan sahaja anda berbakti,
Pahala yang dicari pasti menanti!

Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi,
Jadikan status di wall FB,
Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri,
Moga dapat menjadi penghias diri.

Ataupun, uploadlah video dan CD,
Masukkan link tazkirah di dinding FB,
Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi,
Untuk dijadikan bekalan akhirawi.

Wahai muslim mukmin sejati,
Marilah bersama kita bersatu hati,
Ikutilah sunnah perjuangan nabi,
Dakwah diberi, nikmat dikecapi.

Sampai disini kisahku kali ini,
Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati,
Tidak rugi memanfaatkan teknologi,
Jauhkan diri daripada godaan duniawi.

Maaf andai ada yang terhiris hati,
Aku sekadar ingin menasihati,
Salam ukhwah ya akhi wa ukhti,
Hingga kita bertemu lagi..

Sunday 19 June 2011

SALAMAT HARI BAPA

selamat hari bapa
abi abuya daddy papa ayah
apa sahaja panggilan
kamu tetap terhebat
kamu tetap terunggul
setiap titik peluhmu
setiap jerit keluhmu
setiap hasil kudratmu
setiap jaga didikmu
setiap budi jasamu
setiap atur jalanmu
setiap korban masamu
setiap korban lelahmu
setiap apa darimu
pasti tiada terbalas
pasti tiada ternilai
selamat hari bapa
buat kamu pahlawanku
buat kamu nakhodaku
buat kamu rajaku
sambutlah sayang penuh kasih
sambutlah salam penuh ikhlas
sambutlah peluk penuh mesra
sambutlah cinta tiada batas
dari insan kecil
anakmu tercinta ini
SELAMAT HARI BAPA

Saturday 11 June 2011

LUAHAN SI ANAK YANG TIDAK BERDOSA..............



dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa.
sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..."
9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia.
oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia.
sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya.
tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak.
saya percaya itu.

hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya.
saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi.
semalam ibu sakit perot.
ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..."
tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna.
tapi kan saya sungguh pelik.
kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung?
tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut.
oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...

malam nih ibu tidor lewat.
ibu tunggu ayah barangkali.
mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan?
sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam.
ibu..... saya sejuklah.
tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah.
takper, saya rela bersejuk.

sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.
dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat.
tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah.
bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise.
romantiknya ibu ayah saya!!
mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.



comelnyer saya, macam ibu saya...



tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu.
bergegar saya dalam perot ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah.
belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat.
tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham....
then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
ayah tolak.
aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot?
ganasnya ibu ayah saya.
tiba-tiba ayah pijak perot ibu.
adoi sakitnya saya!
ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..."
ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
yer la saya pening di sepak terajang.
tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
kenapa...................

lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi.
ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek.
ibu duduk dengan kawan dia.
aunty mira kot nama dia.
saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas.
saya sakit tau bila ibu minum air nenas?
tapi... ibu sayang saya. 
jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis.
pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis.
saya tak paham lah kenapa.
kenapa yer korang?




makin lama, saya makin besar.
ibu dah tak penah keluar rumah.
yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat.
jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.
saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis.
mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..

oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang.
dia tengok ibu.
dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia.
ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh.
mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu.
sukanya saya.
saya ingat ayah benci saya tadi.
ayah nih pandai bergurau lah.
tapi ayah tak duduk lama pun.
ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
ayah tak pegang pon saya.
mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.
tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.

dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat.
saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.
saya rasa saya nak keluar.
saya dah hint ibu banyak kali dah.
saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil?
kenapa ibu tak pergi hospital pon?
IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....

ibu mengerang dan meneran kuat.
saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya.
aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..."
dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan?
maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu.
saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik.
itu janji saya pada ibu.... dan ayah.

aunty mira letakkan saya dalam kain batik.
ape la aunty nih mandi kan la saya.
tak seronok lah ada darah-darah nih.
karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya.
ibu dah la tengah terbaring sakit.
wah indah nya dunia.
ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.
akhirnya saya terkeluar juga.
nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.

tiba-tiba ayah datang.
ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..."
ibu tersenyum dalam sakit.
ayah angkat saya laju-laju.
rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe.
ayah bawak saya keluar rumah.
ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak.
AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU.
dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. 
tapi ruang yang terbuka cuma kecil.
ayah tutup saya dengan beg kerjanya.
sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan.
saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok.
tak sabarnya di pelok, di cium....

dan ayah berenti di satu rumah flat.
mungkin nenek dan atok saya duduk sini.
ayah bawak saya naik atas, guna tangga.
kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah.
nanti saya balas jasa ayah yer.
sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga.
sunyi tempat tu.
mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi.
ayah ni kan......

ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi.
ayah ikat semua sekali.
sampai saya tak punya ruang bernafas.
AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

dan saya rasa saya tercampak jauh.
berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.
sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok.
dan sampai ke tanah.............
mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini.
tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.
kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.
OH AYAH KU.......





TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...


-------------------------------------------

kekejaman merata tempat. sekurang-kurangnya seminggu sekali kes pembuangan bayi terjadi. itu sekurang-kurangnya! tapi minggu nih? 3 okk, 3 kes. cek paper balik, for confirm it back.

nak repek panjang-panjang pon atas nih dah cukup panjang aku rasa. just seryesly i do feel like........

WE SHOULD CHANGE OUR EDUCATION SYSTEM. TAK GUNA DAH AJAR SAMA MACAM MAK AYAH KITA DI AJAR. KITA KENA PAKAI APPROACH LAIN. SYLLABUS MASA DULU TAK BERGUNA DAH UNTUK HARI NIH. BUDAK-BUDAK YANG HIDOP MASA SEKARANG NIH DAH TAK SAMA ZAMAN KITA, DORANG SEJAJAR DENGAN ADINDA EVANS. MAIN SAMPAI LEBAM PON, MASIH DIKATAKAN ADA MARUAH. PUR-LEZZZ!

BUKAK MINDA KITA, MUNGKIN BUKAN KITA YANG BUAT JADI BOLEH LA TUNDING JARI SANA-SINI. TAPI FAEDAH MENUNDING JARI? JAGA LA SAMA TEPI KAIN ORANG LAIN, JANGAN DOK JAGA TEPI KAIN SENDIRI JA. NAMPAK KAMPUNG? SO WHAT? AT LEAST, ORANG-ORANG KAMPUNG YANG DI KHABAR KAN KOLOT, TAK LA SE-SO-SIAL LIKE ORANG BANDAR! SO APE SALAH KAN GUNA CARA ORANG YANG KOLOT KALO ITU LEBIH BAIK?

Wednesday 8 June 2011

Doa simpati dan kasih nabi kepada umatnya - Tafsir All-Maidah : 118

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Aku tidak berupaya untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada Mu, wahai Tuhanku" (Al Maidah : 118).

Diriwayatkan dalam satu ahadis bahawa pada satu malam,. Rasulullah s.a.w bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).

Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat sembahyangnya.
Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.

Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelagh selesai sembahyang dia mengankat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekaligus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya.

Ibu Bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini sahaja.

Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi s.a.w sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.

Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam, dan berdoa sambil mengadu tentang apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.

Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa baginda s.a.w mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan ummatmu  dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu."

Diriwayatkan dalam satu hadis yang lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70 000 di kalangan umatku masuk syurga  dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70 000 ini diikuti oleh 70 000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab."

Yakni diberi syafaat oleh 70 000 orang ini disamping syafaat Nabi saw yang diberikan kepada ummatnnya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir di dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad.

Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah  syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi saw sebagaiman yang disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud, "peganglah dengan gigi geraham kamu."

Yakni ajaran Rasulullah saw itu bukan sahaja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak.

Tidak undur walaupun sedikit dari ajaran Nabi saw. Jika seseoarang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah saw serta mendapat rahmat yang diberi oleh Allah kepada umat Muhammad saw.

Tuesday 7 June 2011

Hanya Allah Mengetahui Segalanya - Tafsir Surah Al-An'am: 59

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

"Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.

Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat." (Surah Luqman: 34)."


Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)

Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.

Seorang penyair menyebut: "Tidak tersembunyi dari-Nya meskipun sebesar zarah sama ada dapat dilihat oleh yang mempunyai penglihatan atau sebaliknya."


Firman Allah yang bermaksud, "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)

Ertinya, Dia mengetahui gugurnya daun dari pokok termasuk jumlah, masa dan seumpamanya. Bahkan Dia juga mengetahui pergerakan makhluk lain termasuk jin dan manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)

Dalam menjelaskan ayat 39, Surah al-An'am ini Ibnu Abbas katanya, "Tidak tumbuh sebatang pokok pun sama ada di daratan atau di lautan melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya. Malaikat itu mencatat apa yang gugur daripadanya."

Friday 3 June 2011

UNTUK MU AYAH.......

Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

MOHD HASYIMI:-
Selamat Hari Bapa buat ayahandaku yang dikasihi. Tidak lupa juga buat bonda yang sentiasa di hati ini, terima kasih kerana sudi memelihara dan bersusah payah membesarkan daku serta adik-beradik yang lain sejak kami kecil hinggalah dewasa. Budi kalian berdua tak mungkin daku lupakan sehingga ke akhir hayat.

Tuesday 17 May 2011

Puisi Untuk Sahabat-Sahabatku





Bagai bintang dan segala kebebasan di angkasa
Bagai cerita tentang rasa surga
Kita bersama

Aneka warna hiasi alur algoritma kehidupan
Terik dan sejuk adalah biasa

Kalianlah sahabat-sahabatku, penyejuk bagi jiwa
Senantiasa mendengar saat kumengeluh, padahal kalianpun sedang berada dalam peluh
Senantiasa membelai saat kukecewa, padahal kalianpun tengah ada dalam gelisah

Kalianlah sahabat-sahabatku, hadiah indah dari surga
Penuntun saat terbuta
Payung saat hujan dan terik
Penerang saat berjalan dalam lorong gelap
Penunjuk saat tersesat
Penegur saat terlena
Pendengar setia saat bercerita tentang segala
Pengangkat saat terpuruk
Ku…

Kalianlah sahabat-sahabatku, keajaiban yang sempurna
Menjadi mata air
Menjadi buku diary
Menjadi motivator
Menjadi boneka
Menjadi guru
Menjadi saudara
Menjadi mata-mata
Ku…

Kalianlah sahabat-sahabatku, keindahan dalam hidup
Warna-warna agung sang pelukis yang dicoretkan dalam lembar hidupku
Komposisi lagu gubahan sang penyanyi yang mengisi semua relung di ragaku
Untaian kata terangkai sang penyair yang menyejukkan rasa panas hatiku

Pernah kita sama-sama tak sejalan
Dan untuk sesaat aku menjadi begitu membencimu
Lalu dengan segera, segala menjadi lebih sempurna
Dan kita tetap bersama

Entah apa jadinya hidupku tanda canda tawa kalian
Takkan ada nada lagu bagi ragaku
Entah apa jadinya hidupku tanpa celotek riang kalian
Takkan ada penyejuk untuk jiwaku

Sahabat, kuyakini inilah takdir
Tuhan yang telah mempertemukan dan mengenalkan aku pada kalian
Menghujamkan di hati-hati kita rasa saling sayang

Dalam banyak waktu yang telah kulewati bersama kalian
Dalam banyak kisah yang telah kualami bersama kalian
Dalam banyak khayalan yang tercipta bersama kalian
Dan mimpi-mimpi yang terinspirasi dari kalian
Sungguh kutelah mendapat banyak hal

Ah, sahabat-sahabatku…
Tak selamanya hidup ini indah, kita tahu itu
Terkadang ada yang datang, dan ada yang pergi
Terkadang hidup begitu membahagiakan, terkadang juga begitu menyakitkan
Terkadang aku menjauh dari kalian
Terkadang kalian menjauh dariku
Tapi itulah hidup, kawan…
Dan begitulah kehidupan
Dunia kadang sangat bersahabat
Tak jarang pula kehidupan menjadi begitu pelik
Begitu pula dengan persahabatan
Persahabatan kita…

Aku telah mencoba untuk selalu tampil sempurna
Menjadi sahabat sesungguhnya bagi kalian
Namun harus ku akui, tak jarang kutemui kegagalan
Hingga aku menjadi begitu menakutkan

Aku telah mencoba untuk selalu tersenyum, membahagiakan kalian
Namun aku menyadari kesalahan
Tak jarang aku menjadi begitu angkuh dan egois
Menyakitkan hati kalian

Sesosok manusia dalam wujud aku
Yang tengah mencari lokasi kedewasaan
Terkadang begitu terpuruk dan menyudutkan kalian

Kekurangdewasaanku, dan segala keterbatasan di diriku
Kebodohanku, dan segala kekhilafanku
Seringkali menjadi jalan buntu persahabatan

Namun, lagi-lagi anugerah Tuhan begitu indah
Kalian kembali tampil sebagai jembatan kebahagiaan
Penuntun ke arah kedewasaan
Menyadarkanku dari segala khilaf
Dan kembali membuatku tersenyum menatap diri sendiri
Ah, kalianlah sahabat-sahabatku, jembatan cinta hidup ini

Dan kini, saat ini, satu bagian dari episode hidup telah ku lalui
Kulalui bersama kalian
Satu jalan baru terbentang di depan
Jalan yang semakin penuh dengan halang rintang dengan satu titik terang
Mungkin kita akan bercerai-berai
Entah bagaimana kelak hidupku tanpa kalian
Namun, aku ingin pastikan, jika kalianlah sahabat-sahabat terbaik yang pernah ku miliki

Entah bagaimana ku harus berucap terimakasih
Membalas segala yang telah kita lalui bersama
Membalas segala keindahan hidup

Yang kuraih hari ini adalah berasal dari cinta kalian
Yang kupeluk hari ini adalah berasal dari semangat kalian
Yang kurengkuh hari ini adalah berasal dari senyum hangat kalian
Dan semangatku hari ini adalah berasal dari tawa membahagiakan dari kalian

Sahabat-sahabatku,
Mungkin mentari kita berbeda
Jalan tertujupun tak sama
Arti keindahan pada diri-diri kita pun tidak serupa

Dan untuk saat nanti yang tak pernah kita pikirkan
Mari jalani saja apa yang ada
Tak usah pedulikan segala
Mari jadikan kisah kita kenangan terindah di saat tua

Dan untuk masa depan yang tak pernah mampu kita ramalkan
Dengan segala pertanyaan tentang masa-masa yang telah kita lalui
Lihat saja segalanya dengan hati, dan pastikan segalanya akan menjadi indah

Jika tak ada kenangan indah yang mampu kuberikan untuk masa depan
Ambillah sebait puisi ini, selipkan dalam hatimu, sirami dengan nyanyian Tuhan

Sempatkanlah untuk memimpikan aku saat kau tidur
Selayaknya aku yang selalu memohon untuk dapat melihatmu dalam mimpi

Dan jawablah segala pertanyaan tentang masa depan dengan doa
Kirimkan doa dan akan ku dengarkan dengan hati

Terimakasih sahabatku,
Terimakasih atas segala

Ha Ha Ha.. DIESEL pulak naik...!!


Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori

May 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.

Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 seliter.

Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter.

Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.

“Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.

“Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online malam ini.

Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.

Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.

Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter.

Monday 9 May 2011

Mari Belajar Loghat(Bahasa) Orang Kedah.


PERKATAAN SEBUTAN MAKSUD CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ghonot [gho.not]  tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu  Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin [ghu.pin]  kulit kering dari luka   Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek [ke.chek]  pujuk  Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang…
selului [se.lu.lui]  kerap kali   Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu…
meghelop [me.ghe.lop]  hampir malam  Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni [ gho.na] warna-warni  Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup [gha.yup]  lesap sekelip mata/ terlalu laju  Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!
ghosek [gho.sek]  selongkar  Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyulog [nyu.log]  jatuh tersembam/ dibelasah teruk  Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!
bulog [bu.log]  lapar sangat  Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..
taboh [ta.boh]  pukul/ belasah   Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah [ghe.lah]  terkoyak  Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih [ghu.naih]  cungkil/ kupil  Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek [ge.ghek]  basikal  Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!
mod [mot]  bawak pembonceng/  penumpang  Jat dok mod Nuri pi mana tuu…!? Sakan depa noo…
sakan [sa.kan]  hebat/ tak sangka   Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh [se.keh]  luku secara sipi  Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih [se.ne.ghih]  selisih  Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!  
Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin  selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi
Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari
Menyoqhok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi
Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu 
Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia
cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin
seneghih - berlaga sipi-sipi
beghetoh - berlaga,
pengkarq - jalan mengengkang sikit, “korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah”
mandom - lembab/slow, ” awat yang mandom sangat ni… tak cukup tidoq kot semalam?”
pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh”
cunggit - “misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi”
ayam piru - ayam belanda/turkey
pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara
ketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin
Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.
Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.
Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.
Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.
Ceghin - tegak
Kughuih Kelepiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kelepiang ,rambut pulak ceghin macam bulu landak.
kawaq - pencuri
melewaq- merayau/melilau
teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn di teghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati…
cemerkap - tak cermat
megheben - mengarut
celuih - muat,padan
idup kedah!!kedah boleh!!
Hinggut - goyang  “oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi…. maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh…”
meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)
bincut - binjul “tu dia la… kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu”
pancat - pancit
klesen - mesin padi
segagan - sebaya
beghemba - bersaing-saing. .. “Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang” mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin… .
met ngot - lembab selembab-lembabnya. … Awat la yang met ngot sangat ni….. depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu….
Toyu - kicap
segan - malu
beranda - serambi
mengoit - jangan dok mengoit…. satgi gambaq tak elok… kata ustad kat matbed…
kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)
melugai - meloya
tambahan loghat perelih :
mengkait petei = jolok petai
surat abeik = surat khabar
hang nak mulih no = hang nak mampuih ka
loghat kedah versi paksu aku :
akanduri akandara = kenduri kendara
hastum = oiii
taik punai @ taik kanna = haram jadah, loklak betui
atah = bapa saudara
loghat kedah biasa :
raba = pemadam
tui motor = race motor
segan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)
gurmit = pengasah pensil, sharpenner 
tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang…
tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau…(bukan caarq no)
telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq…
pot - tin…
peqhak -  peqhak buih laa hang niii…
teqhandaih - terhantuk…
seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi …
seghoh  = kuruih + gelap
kelam = gelap